Jumaat, 29 November 2013

Tips buat ibu2 yang ingin menyusukan anak

Salam korang semua..ngah watpe tu?rasa macam da lama aku tak sharing2 kat blog nikan..rindunya..hihi petang ni aku nak bercerita tentang penyusuan susu badan. Good rasanya if knowledge ni di sharing2.. emm..diam tak diam..anak aku Muhammad Taufiq Mustaqim Bin Muhammad Rozaiman sudah menginjak ke usia satu tahun 3 bulan..bulan depan masuklah satu tahun 4 bulan. Alhamdulillah..Allah masih beri aku green light lagi untuk menyusukan anakku dengan air susu badan ni. Masih belum campur susu formula. Walaupun kekadng tu ada terpikir gak nak campur..huhu sebab aku penat. Tapi mujurlah encik suami bertegas.

"Awak tu cubalah berdisiplin sikit pam susu. Ni x..awal2 pagi nak g keje baru nak ngepam.."

Hahhaa..yes..salah aku sendiri. Bile fikir2..rasa rugi pun ade kalau aku da campur susu buat si kecil ni. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang penyusuan selama 2 tahun. In Sha Allah..selagi aku mampu.akan aku teruskan.

Hari tu..aku dikejutkan soalan daripada kawan sekolah. Dia nak aku jadi ibu susu anaknya. Alhamdulillah.. masih ada lagi orang yang begitu. Anaknya sebaya je kot dengan anak aku. Dia disahkan hamil so doktor tak galakkkan die brestfeed anaknya. Aku tak sangka dia memilih untuk mencari ibu susuan dan aku adalah pilihannya. Tak sangka Allah dengar hasrat hati ni. Memang aku bercita2 nak jadi ibu susuan. So,sekarang aku sudah ada 2 orang anak susuan dan kedua2nya adalah perempuan. Alhamdulillah.

Tips atau panduan yang aku amalkan untuk banyakkan air susu?

Xdelah tips sangat..jaz usaha ke arah itu. So aku masih lagi mengamalkan set penyusuan shaklee. Kerap pam dan bagi si kecil ni direct feeding dan selalu sangat berdoa semoga dipermudahkan segalanya. Ok..kat sini aku nak sharing sedikit info daripada majalah PaMa tentang ilmu2 penyusuan ni. Haa..jom2..

1. Adakala korang akan alami masalah ketika menyusu seperti susu ibu tidak cukup. Jangan panik k. Teruskan je bagi susu kat baby tu. Jangan campur susu formula lak.

2. Amalkan pemakanan yang sihat dgn diet yang seimbang. Korang makanlah sayur2, minum susu setiap hari sebelum tido juga banyak2 minum air. Ingat..air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu.. Amalkan minum air sambil menyusukan anak atau selepas menyusu, sekurang2nya segelas air, jus atau susu ok.

3. Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi  secara terus dengan susu ibu ketika berpantang.

4. Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Untuk mengelak bengkak, perah susu ibu setiap 3 hingga 4 jam.

5. Untuk mengelak bengkak, tuam dengan air panas untuk mengurangkan bengkak pada payu dara.

6. Secara tradisional, boleh menggunakan kelopak kobis yang ditekupkan pada payu dara untuk menyejukkannya.

7. Bagi mengelakkan puting payu dara luka, pastikan bayi melakukan hisapan dengan cara yang betul iaitu pada seluruh aerola payu dara. Payu dara luka disebabkan pelekapan mulut bayi yang salah. Bayi hanya menghisap di bahagian puting payu dara yang mana akan menyebabkan sakit dan luka dan kadang2 ada yang berdarah. Huhu..

8. Pastikan bayi korang menghisap payu dara selama 15-20 minit atau setengah jam untuk sebelah bahagian payudara bagi memastikan baby korang kenyang.

9. Bayi akan terlena dan melepaskan payu dara daripada mulutnya jika ia sudah kenyang.

10. Sebaik sahaja berpantang, korang digalakkan mula membuat simpananan susu perahan (stok susu) sebagai persediaan sebelum naik kerja nanti.

11.  Lakukan perahan simpanan susu ibu sebulan sebelum naik kerja.

12. Kebaikan mengambil pemakanan seimbang semasa bekerja untuk mengelak bayi mengalami perut kembung atau cirit birit.

13. Semasa bekerja, lakukan perahan 3 jam sekali secara konsisten untuk mengekalkan penghasilan susu.

14. Latih bayi memberi susu perahan dengan menggunakan sudu atau cawan kecil.

15. Adalah lebih baik orang lain yang memberi susu perahan kepada baby korang. Elakkan berada disamping baby time tu k.

16. Sebab? Biasanya baby akan tolak susu perahan yang korang bagi sebab die da biase ngan korangkan..so die lebih suke direct..percayalah..

17. Pengasuh baby perlu tahu menyimpan dan memberi susu perahan dengan betul kepada baby. Bagi memudahkannya,korang buatlah nota peringatan kat dorang. Tulis cara2 camne nak simpan susu, camne nak keluarkan susu, camne nak panaskan susu..

18. Beritahu kepada pengasuh supaya jangan bagi air suam atau susu formula kat baby korang k. Atau bagi makanan lain..hanya bagi susu ibu saje..

So..amacam??? ada masukkah input ni dalam otak korang? harap2 dapatlah membantu yer. Bukan apa..kadang2 kita lupa..jadi ibu memang senang tapi kalau ada ilmu..pasti lagi senang in sha Allah. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh je hubungi aku k. Jaz sharing2..

Ingat,..breasfeeding tu sunnah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan