Selasa, 17 Disember 2013

Vitamin C Shaklee (Sustained Release Vita C 500mg




' Sains pembebasan berterusan secara semulajadi ' vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin c didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Manfaat utama

Kesan kekurangan vitamin C (gusi berdarah)

  • Membentuk kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selesema.
  • Memerangi kanser - Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan kanser-kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan kulit -  Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Perokok juga wajar dapatkan vitamin C




Jom tengok kadar perbezaan vitamin C Shaklee dengan vitamin C di luar sana

AW- Bio C Plus 250mg   : RM83.00/50 serving   - RM1.66/serving

Kordel's Ester C 500mg   : RM49.90/60 serving   - RM0.83/serving

Blackmores vitamin C 500mg : RM29.00/60 serving - RM0.50/serving

Vitamin C Shaklee            :   RM74.00/180 serving   - RM0.40/ serving


Nampak tak? betapa jimatnya Sustained Release Vita C 500mg Shaklee tu. RM74 untuk 180 tablets. Jadi secara kiraan, satu tablet vitamin C shaklee tu hanya berharga RM0.40. Tahan berapa lama? Kalau ambil 2 biji sehari..kiralah berapa lama boleh tahan berbanding dengan vitamin C yang ternama di pasaran tu. Sangat berbaloi.



Amaran !!!

  1. Satu batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
  2. Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
  3. Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak
  4. Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan sedikit cirit birit

Vitamin C Shaklee


Adakah anda tahu?

Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri. Arnab mampu menghasilkan 18,000mg(18g) vitamin C,sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Tambahan pula,vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablets) hingga 10,000mg (20tablets) vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.

Vitamin C yang memadai dari buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.


Testimoni daripada pengguna vitamin C Shaklee


Cadangan pengambilan dos vitamin C Shaklee:

Untuk pemeliharaan kesihatan : 2x /setiap hari , 2 biji setiap kali (lepas makan)
Untuk melawan kanser, influenza, penyembuhan penyakit   :  3x/hari , 2 biji setiap kali


Jika berminat,boleh dapatkan daripada aku dengan kadar segera ye

Shaklee Independent Distributor : Nurhidayah Mohd Tahir
No ID : 916021
Facebook : Nurhidayah Mohd Tahir
Page : Kedai Bonda Taufiq
Blog : shaktupp@blogspot.com
e-mail : shaktupp@gmail.com
Contact : 017-3885825

Ahad, 15 Disember 2013



Salam semua..Lama rasanya aku tak menarikan tarian hati kat blog shaktupp ni. Aku lebih banyak karang tentang info produk Shaklee. Yela..kalau tak buat,orang tak tahu tentang produk shaklee ni kan. Hehe.. Kali ni aku tak kira, nak tulis gak. Mengasah bakat menulis yang dah lama tersimpan dalam stor jiwa ni. Chehh..chehh..macam geli jer aku baca..haha..ok,nak cerita apa ek?

Oh gambar di atas tu ye?hihi..flashback semula kisah di tahun 2012 pada bulan september. Tu troli baby aku lerr tu. Aku selamat melahirkan putera kesayanganku yang diberi nama Muhammad Taufiq Mustaqim pada 19 September 2012 pada jam 11.52pagi.

Meal Shakes



Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi : buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan : bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, atlit, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan yang tepat.

Manfaat Utama


  • Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
  • Anti-oksida - Mengandungi vitamin A,C,E, Zink, Selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

Nota

Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur / dikisar bersama buah-buahan, Shaklee Energizing Soy Protein atau apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk mahupun panas.



Berminat boleh hubungi aku k..

Shaklee Independent Distributor : Nurhidayah Mohd Tahir
Facebook : Nurhidayah Mohd Tahir
Page : Kedai Bonda Taufiq
Blog : shaktupp.blogspot.com
e-mail : shaktupp@gmail.com
phone : 017-3885825

Beri yang terbaik buat orang yang tersayang anda

Jumaat, 13 Disember 2013

Energizing Soy Protein

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi 'non GMO' (non genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik yang tinggi manakala karbohidrat dengan G.I rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzen yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Kepentingan protein

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sisitem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kematian.

Apa itu Asid Amino?

Protein terdiri daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijlan tersendiri yang dikenali Identify Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Manfaat utama Energizing Soy Protein

  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kalenjar dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones. Fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
  • Meningkatkan penghasilan susu badan - Membantu ibu2 dalam meningkatkan kuantiti susu badan, memekatkan susu serta memberi khasiat yang terbaik buat si manja anda


Berminat?
Boleh hubungi Shaklee Independent Distributor

Nurhidayah Mohd Tahir
017-3885825
fb : Nurhidayah Mohd Tahir
blog : shaktupp.blogspot.com
page : Kedai Bonda Taufiq

Lekas..kasi runtuh itu ESP..hihi..

Rabu, 4 Disember 2013

Alergik

Sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan seperti debunga, habuk dan juga makanan. Kepekaan ini menyebabkan tindak balas imun, seterusnya mengakibatkan gejala-gejala dari yang ringan (hidung dan mata berair, bersin, gatal2) hingga teruk (sesak nafas, ruam, kejutan anafilaktik iaitu tindak balas alergik yang melampau dan umum ). Gejala selalunya berlaku dengan setiap pendedahan terhadap allergen.

Apa itu Allergen?

Allergen adalah sesuatu yang menyebabkan tindakan alahan berupa protein halus dalam bahan2 tertentu.  Contohnya allergen yang disebarkan oleh udara adalah debunga dan kulapok manakala yang lain2nya terdapat di dalam makanan seperti kerang, kekacang dan susu.



Apa yang menyebabkan tindak balas allergik?

Sistem imun mengandungi 2 jenis sel darah putih iaitu sel T dan sel B. Sel2 ini membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan mengenalpasti bahan-bahan asing dan berpotensi membahayakan dan kemudiannya melepaskan bahan kimia seperti histamin untuk memeranginya.

Tindak balas allergik berlaku apabila sistem imun tersilap mengenalpasti bahan2 berbahaya seperti debunga mengakibatkannya menjadi sensitif terhadap bahan itu. Pendedahan yang berulang2 boleh mencetuskan tindak balas allergik.

Siapa yang alah?

Alahan mungkin diwarisi memandangkan rata-rata yang mengalaminya mempunyai sejarah keluarga yang sama. Bagaimanapun, semua orang tidak terkecuali daripada mengalaminya pada mana-mana peringkat umur. Faktor2 persekitaran boleh menjadikan sistem imun seseorang terlebih sensitif.

Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia ada genetik itu.



Apa itu kejutan anafilaksis / anafilaktik?



Ia merupakan satu tindak balas yang membahayakan nyawa yang boleh bermula dalam masa beberapa saat ke minit selepas pendedahan.

Antara tanda2 yang dikenalpasti sebagai anafilaksi / anafilaktik termasuklah tompokan merah yang timbul di hampir keseluruhan badan, kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan tekanan darah yang menjunam.

Pernafasan boleh terhenti manakala tubuh mengalami serangan anafilaktik. Tanpa rawatan segera, akan menyebabkan kegagalan jantung malah kematian bakal menyusul tidak lama.;

Allergen daripada racun mahupun suntikan ubat2an cenderung menyebabkan anafilaksis berbanding lain2 allergen. Bagaimanapun kejutan seumpama ini bukanlah suatu keadaan yang biasa berlaku. Ia boleh dikawal dengan ubat2an tertentu serta bantuan doktor.

Jenis2 allergen dan alahan

1. Allergen rumah

* Hama debu adalah organisme mikroskopik yang mendiami sisik kulit manusia yang lazimnya kita buang/ gugurkan saban hari. Ia biasanya dijumpai di atas bantal, tilam, perabot dan almari pakaian. Hama debu ini menjadi punca utama kepada kebanyakan kes alahan berulang.



2. Alahan pernafasan

* Merupakan alahan paling kerap berlaku disebabkan oleh sel-sel imun yang banyak terdapat di dalam saluran pernafasan serta terdedah kepada allergen-allergen yang disedut setiap hari.

* Allergen yang paling biasa disedut berasal daripada debunga, kulapok, hama debu dan daripada haiwan peliharaan.



* Demam alahan yang juga dikenali sebagai hay fever dan asma merupakan sebahagian alahan pernafasan.

3. Alahan makanan

* Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembab selain perut meragam, muntah, kejang, ruam,ekzema dan lelah. Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya telur, kekacang, gandum, ikan dan kerang.

* Ia lebih kerap terjadi dikalangan kanak-kanak tetapi boleh juga dialami oleh orang dewasa.

4. Alahan serangga

* Satu daripada 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh lebah dan tebuan mengandungi allergen. Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal2 kulit biasanya selama beberapa jam.

* Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar, mengalami bengkak dan gatal beberapa hari ke minggu. Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

5. Alahan ubat

* Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa. Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik dalam masa beberapa minit.

* Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah seperti antibiotik, sulfa, antiepileptik dan insulin..



6. Alahan kulit

* Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis allergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mati dan sel T yang terdapat dalam tisu-tisu kulit.

* Tanda2 : Bengkak, ruam, gatal2 dan kulit kemerah-merahan

* Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.



Merawat dan menguruskan alahan

Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti jenis tindak balas alahan yang anda alami sama ada mata berair, bersin atau kesukaran bernafas.

Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala2 tersebut. Tanya diri :

-Di mana tindak balas berlaku? dalam ke luar rumah?
-Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama? makan atau minum?
-Ingat persekitaran anda. Adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?
-Cuba jejak kembali tindakan anda dalam kepala. Adakah anda memakai sesuatu yang baru?
-Adakah anda menggunakan sabun atau bahan pencuci baru?

Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai allergen biasa bagi mengesahkan alahan anda. Seebaik dikenalpasti, uruskan alahan anda dengan beberapa tips mudah berikut:


  • Hindari allergen yang diketahui
  • Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/ miang
  • Selalu berjumpa doktor
  • Jaga kesihatan anda





Mesti peritkan time allergik ni datang menjelma huhu..ada orang akan bersin2..ada orang mata bengkak, ada orang gatal2, ada orang sampai sesak nafas huhu..tapi jangan risau..korang boleh cuba ambil set allergik ni daripada shaklee. Terdiri daripada :


  1. Nutriferon : Mempertingkatkan sistem imun badan
  2. Vitamin C : Meminimakan kesan histamine (bahan keradangan dihasilkan oleh sel sebagai respon kepada allergen)
  3. Garlis        : Antibiotik semulajadi
  4. Alfalfa Complex : Detoksifikasi, anti keradangan

Boleh hubungi aku kalau berminat k. Jangan biarkan alahan korang tu melarat2..huhu boleh membahayakan nyawa sey. 

Shaklee Independent Distributor : Nurhidayah Mohd Tahir
No ID : 916021
Facebook : Nurhidayah Mohd Tahir
E-mail : shaktupp@gmail.com
Page : Kedai Bonda Taufiq
Blog : shaktupp@blogspot.com
Phone: 017-3885825

Sayang semuanya...


Selasa, 3 Disember 2013

Supplement untuk kanak2

Salam korang..sejuk petang2 ni..ujan bukan main lebat lagi kat luar sana. Huhu sejuk seyyy..korang camne? sihat? anak2? kurang sihat?cian kat anak..kalau dorang sakit..kita ni as ibu and ayah mesti risau giler..yela..antibodi badan dorang belum kuat sangat. Senang sangat diserang penyakit. So,ibu2 dan ayah2 sekalian..kami ada sediakan beberapa supplement untuk kanak2 yang berumur satu tahun dan ke atas..

Tapi sebelum tu aku ada soalan..adakah anak2 korang selalu ada penyakit kat bawah ni ek:


  • Demam
  • Selsema
  • Lambat berfikir
  • Kurang fokus
  • Asma
  • Selalu sembelit
  • kurang cergas
Kalau ada, memang aku sarankan korang untuk baca entry aku kali ni. Aku nak cerita secara ringkas tentang supplement yang sesuai untuk kanak-kanak ni.

1. Omega Guard

-Omega Guard aku da cerita. Sebab bulan ni ada promosikan. Tapi takpe..aku takde hal untuk cerita lagi. Boleh kuatkan kefahaman aku tentang supplement ni. Hihi..

Omega Guard
Nila die wajah omega guard shaklee. Ada 90 biji capsules yang berbentuk gel. Sebut omega guard je pasti aku akan terbayangkan otak sebab kandungan omega3 yang terdapat dalam omega guard ni sangat bagus untuk otak manusia ye. 


Omega guard Shaklee ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi. 

Manfaat Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak
  1. Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)
  2. Disyorkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autism
  3. Membantu mengurangkan/mengawal masalah eczema
  4. DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak

Cara nak bagi makan omega guard ni kepada anak2 ialah dgn cara potong soft gel omega guard tersebut. Sudukan gel tersebut ke dalam mulut anak2 korang or campurkan dalam makanan dia. Satu hari satu kapsul.

2. Mealshakes

Ok..mealshakes..aku da rasa.Memang sedap.Pekat dan lazat. Macam rasa vanila gitu. Tapi time tu aku minum sekali ngan set 3 gems. Mealshakes sangat bagus untuk kanak2 k.

Meal Shake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Diberi nama timangan "easy-on-the go-meal" merupakan supplement multivitamin shaklee yang mudah dan pantas disediakan yang melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar.

Kebaikan Meal Shake Shaklee yang 1001 terutama memperbaiki selera makan anak yang picky eater, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asthma dan kurang berat badan sememangnya diakui oleh ramai ibu bapa yang telah mencuba meal shaklee yang terbukti terbaik, berkesan dan semestinya selamat untuk kesihatan dalaman anak-anak.


Antara Kebaikan Meal Shake Shaklee

  • Membekalkan 19 dengan vitamin dan mineral perlu untuk tumbesaran yang normal
  • Menambah selera makan anak
  • Anak tak mudah kerap jatuh sakit
  • Membekalkan tenaga tambahan terutama bagi anak-anak yang berpuasa
  • Mengatasi masalah sembelit kanak-
  • Sebagai cara untuk menambah berat badan anak
  • Kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin dan protein untuk perkembangan tulang yang sihat
  • Meal Shake Shaklee sangat mudah diberi kepada anak-anak kerana boleh dibancuh dengan susu formula kerana rasa french  vanilla dan teksturnya seperti susu tepung 
  • Meal Shake rendah lemak dan glisemik jadi anak anda tidak akan jadi obesiti
  • Sesuai untuk anak-anak yang obesiti kerana beri rasa kenyang yang lama
  • Meal shake merupakan makanan untuk otak yang bijak juga kerana mengandungi kolina, kalsium dan protein

Kanak sedari usia setahun sudah boleh mengambil meal shake shaklee (yang tidak menyusu badan) sebanyak satu sudu teh atau satu sudu kfc yang kecil. Anak-anak yang minum susu ibu tak digalakkan bancuh dengan susu ibu, kerana ada kemungkinan anak akan tolak terus minum susu ibu selepas itu sebab rasanya yang berlainan.


Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sukatannya sedikit sahaja setiap hari untuk membantu mengekalkan perlindungan system imun pada tahap terbaik. 

Mealshakes

Sape yang berminat boleh hubungi aku k

Shaklee Independent Distributor : Nurhidayah Mohd Tahir
ID NO : 916021
Facebook : Nurhidayah Mohd Tahir
Wassap / SMS / Call : 017-3885825


Isnin, 2 Disember 2013

Omega Guard Shaklee

Salam semuanya..entry kali ni aku nak bercerita tentang supplement shaklee yang bernama Omega Guard. Kenapa? sebab bulan ni ade promosi Omega Guard. Beli 6 percuma 1. Bestkan..tapi sebelum nak membeli mestilah nak tahu tentang Omega Guard nikan? ok..no problemlah..itu memang tanggungjawab aku pun untuk memperkenalkan Omega Guard ni kat korang.

Beli 6 percuma 1
Sebut Omega Guard orang macam x berapa nak familiar. Tapi bile sebut DHA dan EPA mesti korang akan cakap macam penah dengar jekan..macam familiar jekan..hihi..Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA.
Penting ke EPA dan DHA ni?

Fungsi EPA

Mencegah kanser
Mencegah pembekuan darah
Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
Baik untuk pesakit jantung
Menghindar tekanan perasaan
Mencegah penyakit darah tinggi              

Tugas DHA

Mencegah asma
Meningkatkan daya seksual
Mencegah sakit kulit
Mengelakkan kanser payu dara
Mengelak kanser prostat
Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Nampak x?pentingkan?..mestilah penting..

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout


Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies
2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 
3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

Omega 3 dalam omega guard shaklee sangat bagus

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil

Bestkan?pada yang berminat boleh pm/sms/wassap aku k

Shaklee Independent Distributor : Nurhidayah Mohd Tahir
No ID : 916021
No fon : 017-3885825
e-mail : shaktupp@gmail.com
fb : Nurhidayah Mohd Tahir


Sabtu, 30 November 2013

Set Penyusuan Shaklee

Salam dan selamat pagi kawan2..selamat berhujung minggu bersama family tersayang ya..ok..macam biasala..aku akan update info2 terkini dan sensasi kat blog yang baru je lahir ni.Hihi..sudi2kanlah membaca k..Hari ni da masuk 1 December..wow..sangat pantas masa berlalu pergi.Untuk orang Johor yang bersektor kerajaan kerjaannya..ade lagi 4x jumaat untuk dinikmati sebagai ari bekerja sebab next year da tukar..jumaat cuti..hope ade perkembangan yang bagus.Dah takde lagilah morning blues lagi hehe..

Aku tetap akan meneruskan perjuangan berkongsi ilmu tentang penyusuan dan biznes online dan offline Shaklee dan Tupperware. Thats why terjadinya Shaktupp..hehe iskk..kene keje keras sebab matlamat aku nak menjadi surirumah yang berpendapatan tinggi. Nak bantu encik suami dan orang2 tersayang di sekeliling. Tapi matlamatnya adalah untuk menjadi ibu dan isteri yang lebih sempurna buat suami dan anak. Yela..kalau dok umah..at least banyak masa boleh fokus untuk merekakan..income pun masyuk..yang penting niat kene kuatlah dan kerja keras..sambil2 pon aku ley dapat bonus tiap2 bulan,kalau da fulltime sok..in sha Allah..ok..nanti kite bercerita tentang income masyuk tu k. Sekarang nak cerita tentang set2 penyusuan yang ada di sediakan oleh Shaklee.

Okeyy..kat sini aku senaraikan beberapa set penyusuan yang aku da grupkan..so senangla korang nak oder k..nak set yang mane..hehe x payah pening2 kepala..kalau pening gak kepala..xpe2..aku ley bagi explaination..free saje..xde sebarang bayaran k..

1. Set A

set a


Ni kire set budgetlah. Bagi yang nak guna set penyusuan tapi budget kurang daripada RM 170, bolehlah direkemenkan guna yang ni. Aku namakan sebagai set A. Jom tengok khasiatnya..ni secara rawaknyalah..

Alfalfa


  • Milk booster (kebarangkalian untuk meningkatkan hasil pengeluaran susu badan adalah tinggi)
  • Memudahkan pelawasan buang air besar
  • Mengetatkan kembali miss v
  • Buang kekotoran2 dalam badan (buang toksin dan angin badan)
  • Panaskan badan (umpama jamu tapi yang ni x effect kepada bayi dan xla panas macam jamu)..
ESP
  • Memekatkan susu badan
  • Menghilangkan keletihan dan kelesuan badan
  • Mencerahkan stretch mark kat perut
  • Mengenyangkan perut

2. Set B

Set B
Set B penyusuan shaklee masih sama dengan set A cuma ditambah ostematrix. Apa fungsi ostematrix shaklee ni? haa..nila die kalsium yang sangat penting untuk ibu2 khasnya yang menyusukan anak. Ostematrix ni bukan saje ade unsur kalsiumn tapi ada juga magnesium. Memang ramai yang cari aku untuk beli ostematrix ni. Memang awsomela..Jom tengok khasiat Ostematrix ni..

Ostematrix

  • Menambahkan kalsium dalam tubuh
  • Mengelakkan sakit2 sendi tulang
  • Beri tenaga
  • Memudahkan pembuangan air besar
  • Menguatkan tulang2 badan
  • Bangun pagi memang sangat best sebab rasa badan sangat ringan even tak cukup tidur

3. Set C

Set C
Untuk set c ni..ada tambahan B-complex. Untuk ape?eh..penting tao..

B-Complex

  • Anti stress. Yela,orang baru pas bersalin memang akan alami situasi stress especially yang buat keputusan nak menyusukan anak tu. Kalau baby setiap setengah jam bangun nak susu, tak ke penat? stress jugakla..so b-complex ni sangat faham ye. Ia akan bagi coolkan korang punyer mood. Control emosi nak meroyan tu hehe aku da cuba..betul..alhamdulillah..
  • Bagi kuatkan daya ingatan. Yela,da melahirkan anak,urat akan putuskan..kalau tak dijaga, boleh nyanyuk sikit.hihi mule2 pelupa..pastu?hah..jangan amek remeh je k
  • Kuatkan rahim
  • Hilang bau badan dan bau mulut
4. Set D

Set D
Set D ni kita tambah vitamin c. Wow..sangat teruja ngan vitamin c shaklee. Selalu je bagi customer aku upset sebab selalu je licin kat branch. Dorang ni kalau beli, tak beli satu..terus borong sekali 5-10 botol. Huhu aku juga yang ternganga sebab nyesal tak beli sekali banyak. Sorry my dear customer. Tapi sekarang in sha Allah ade..hihi jom tengok khasiat vitamin c ni

Vitamin C

  • Bagi cantik itu kulit
  • Kuatkan antibodi badan
  • Elakkan gusi berdarah

5. Set E

Set E
Ok yang set E ni kirenye set completela..sume ade. Kalau ade wang besar..boleh amek set E ni. Bukan saje dapat tingkatkan penghasilan susu badan tapi dapat banyak manfaat. Bukan korang je dapat k..baby yang menyusukan tu pun ley dapat sama manfaat. Untuk set E ni, kita tambah Vitalea. Apa fungsi vitalea ni ek?

Vitalea

  • Tambahkan darah (elakkan korang dari pengsan sebab tak cukup darah..)
  • Beri tenaga 
  • Multivitamin asas

So..pada yang sedang berkira2 nak beli yang mana satu..boleh baca dulu. Kalau tak paham,boleh tanya k. Aku sedia bantu. Ni memang aku tulis secara am je. Nanti pasni aku akan detailkan setiap satu supplement. Ni khusus untuk ibu2 yang menyusukan baby mereka. Orang cakap kalau tulis dengan hati, senang sikit nak faham hihi.  Tapi aku nak ingatkan korang gak..supplement ni bukanlah faktor utama..ni hanya antara faktor2 yang membantu koranglah dalam menjayakan misi penyusuan susu badan ni. Faktor2 utama untuk kejayaan susu badan ni ialah ilmu. Kalau ilmu korang cetek, aku nasihatkan baiklah korang tambah sikit2 k. Kena banyak faham beberapa term dalam dunia penyusuan ni supaya korang tak kalut2 nanti. 

Jadi atas sebab tula, aku pun akan cuba bantu korang k. Mana yang aku tahu, aku akan share kat blog ni. So,boleh sama2 blelajar. Aku pun masih bertatih lagi. Harap dapatlah membantu. Hihi..ok..sebarang pertanyaan bolehlah hubungi aku

Shaklee Independent Distributor : Nurhidayah Mohd Tahir
No ID                                       : 916021
Facebook                                 :Nurhidayah Mohd Tahir
e-mail                                       : shaktupp@gmail.com
Page                                        : Kedai Bonda Taufiq
Phone/ Wassap/Sms                : 017-3885825

Jumpe lagi kat lain entry..daa..sayang semua

Jumaat, 29 November 2013

Tips buat ibu2 yang ingin menyusukan anak

Salam korang semua..ngah watpe tu?rasa macam da lama aku tak sharing2 kat blog nikan..rindunya..hihi petang ni aku nak bercerita tentang penyusuan susu badan. Good rasanya if knowledge ni di sharing2.. emm..diam tak diam..anak aku Muhammad Taufiq Mustaqim Bin Muhammad Rozaiman sudah menginjak ke usia satu tahun 3 bulan..bulan depan masuklah satu tahun 4 bulan. Alhamdulillah..Allah masih beri aku green light lagi untuk menyusukan anakku dengan air susu badan ni. Masih belum campur susu formula. Walaupun kekadng tu ada terpikir gak nak campur..huhu sebab aku penat. Tapi mujurlah encik suami bertegas.

"Awak tu cubalah berdisiplin sikit pam susu. Ni x..awal2 pagi nak g keje baru nak ngepam.."

Hahhaa..yes..salah aku sendiri. Bile fikir2..rasa rugi pun ade kalau aku da campur susu buat si kecil ni. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang penyusuan selama 2 tahun. In Sha Allah..selagi aku mampu.akan aku teruskan.

Hari tu..aku dikejutkan soalan daripada kawan sekolah. Dia nak aku jadi ibu susu anaknya. Alhamdulillah.. masih ada lagi orang yang begitu. Anaknya sebaya je kot dengan anak aku. Dia disahkan hamil so doktor tak galakkkan die brestfeed anaknya. Aku tak sangka dia memilih untuk mencari ibu susuan dan aku adalah pilihannya. Tak sangka Allah dengar hasrat hati ni. Memang aku bercita2 nak jadi ibu susuan. So,sekarang aku sudah ada 2 orang anak susuan dan kedua2nya adalah perempuan. Alhamdulillah.

Tips atau panduan yang aku amalkan untuk banyakkan air susu?

Xdelah tips sangat..jaz usaha ke arah itu. So aku masih lagi mengamalkan set penyusuan shaklee. Kerap pam dan bagi si kecil ni direct feeding dan selalu sangat berdoa semoga dipermudahkan segalanya. Ok..kat sini aku nak sharing sedikit info daripada majalah PaMa tentang ilmu2 penyusuan ni. Haa..jom2..

1. Adakala korang akan alami masalah ketika menyusu seperti susu ibu tidak cukup. Jangan panik k. Teruskan je bagi susu kat baby tu. Jangan campur susu formula lak.

2. Amalkan pemakanan yang sihat dgn diet yang seimbang. Korang makanlah sayur2, minum susu setiap hari sebelum tido juga banyak2 minum air. Ingat..air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu.. Amalkan minum air sambil menyusukan anak atau selepas menyusu, sekurang2nya segelas air, jus atau susu ok.

3. Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi  secara terus dengan susu ibu ketika berpantang.

4. Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Untuk mengelak bengkak, perah susu ibu setiap 3 hingga 4 jam.

5. Untuk mengelak bengkak, tuam dengan air panas untuk mengurangkan bengkak pada payu dara.

6. Secara tradisional, boleh menggunakan kelopak kobis yang ditekupkan pada payu dara untuk menyejukkannya.

7. Bagi mengelakkan puting payu dara luka, pastikan bayi melakukan hisapan dengan cara yang betul iaitu pada seluruh aerola payu dara. Payu dara luka disebabkan pelekapan mulut bayi yang salah. Bayi hanya menghisap di bahagian puting payu dara yang mana akan menyebabkan sakit dan luka dan kadang2 ada yang berdarah. Huhu..

8. Pastikan bayi korang menghisap payu dara selama 15-20 minit atau setengah jam untuk sebelah bahagian payudara bagi memastikan baby korang kenyang.

9. Bayi akan terlena dan melepaskan payu dara daripada mulutnya jika ia sudah kenyang.

10. Sebaik sahaja berpantang, korang digalakkan mula membuat simpananan susu perahan (stok susu) sebagai persediaan sebelum naik kerja nanti.

11.  Lakukan perahan simpanan susu ibu sebulan sebelum naik kerja.

12. Kebaikan mengambil pemakanan seimbang semasa bekerja untuk mengelak bayi mengalami perut kembung atau cirit birit.

13. Semasa bekerja, lakukan perahan 3 jam sekali secara konsisten untuk mengekalkan penghasilan susu.

14. Latih bayi memberi susu perahan dengan menggunakan sudu atau cawan kecil.

15. Adalah lebih baik orang lain yang memberi susu perahan kepada baby korang. Elakkan berada disamping baby time tu k.

16. Sebab? Biasanya baby akan tolak susu perahan yang korang bagi sebab die da biase ngan korangkan..so die lebih suke direct..percayalah..

17. Pengasuh baby perlu tahu menyimpan dan memberi susu perahan dengan betul kepada baby. Bagi memudahkannya,korang buatlah nota peringatan kat dorang. Tulis cara2 camne nak simpan susu, camne nak keluarkan susu, camne nak panaskan susu..

18. Beritahu kepada pengasuh supaya jangan bagi air suam atau susu formula kat baby korang k. Atau bagi makanan lain..hanya bagi susu ibu saje..

So..amacam??? ada masukkah input ni dalam otak korang? harap2 dapatlah membantu yer. Bukan apa..kadang2 kita lupa..jadi ibu memang senang tapi kalau ada ilmu..pasti lagi senang in sha Allah. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh je hubungi aku k. Jaz sharing2..

Ingat,..breasfeeding tu sunnah


Khamis, 28 November 2013

Kosong..

Rasa kosong..sejak kejadian tempoh hari..hati aku rasa kosong. Tak tahu mana silapnya,tetibe jer hidup aku jadi begini. Aku lebih suka untuk menyalahkan diri sendiri kerana aku memang terlalu banyak kelemahan.  Aku asyik berfikir..apa yang harus aku buat. Meneruskan..aku yang tertekan. Menamatkan..mereka yang akan tertekan. Ya Allah..ketika inilah aku rasa benar2 ingin bersujud dan bersendirian denganMu. Dugaan apakah ini??mudah naik turun iman di hati. Rasa kosong di sini..

Kalau ikutkan hati..ingin saja aku lari dari sini. Rasa seperti boneka. Aku tersepit di tengah2. Bagai murah sangat harga diri ini. Adakah kerana kelembutan yang ada dalam diriku menjadikan mereka semua hanya memandang sebelah mata sahaja?

Khamis, 21 November 2013

Siapa MR ESP tu?

Ehem..ehem..sibuk betul masing2 meneka siapakah gerangan MR ESP tukan..nama ia Energizing Soy Protein..berasal daripada Shaklee Product hihi. Tapi seriously..memang aku da jatuh hati dengan ESP ni. Harga asal memang mahal tp sebab aku member..so dapat harga lagi..legi..lagi rendah. Untungnya jadi member Shaklee ni. Bukan setakat dapat potongan harga ahli..tapi ade point lagi. Apa tunggu lagi..jomlah join shaklee arini juga.

Opps..terpropomot pulak hahaha..padahal nak cite tentang ESP. Come..come..listen k..

Suka nak bagi testimoni sendiri..bila kita da rase..da feel..da berkali2 guna..ape lagi..sharingla..takkan nak pakai sorangkan..actually,aku kenal ngan ESP ni time pas abes pantang..nak naek keje time tu. Kebeulan anak aku tu asek nanges jer macam tak cukup susukan..huhu..meroyan jap. Apa ESP ni buat?

1. Pekatkan air susu + banyakkan air susu badan

-aku try cari kat google tentang shaklee ni. Adelah terbaca..bukan satu..tapi banyak gak testimoni yang mengatakan ESP ni dapat memekatkan air susu dan memperbanyakkan air susu badan. So bila aku consume, alhamdulillah..aku dapat lihat air susu yang aku perah nak buat stok agak pekat. Then tengok anak aku pon ade perubahan. Dia minum susu then tido lena. Lama gakla baru bangun. Syukur sangat2.. Pastu cepat burpp (kenyang). Senangla aku tidokan dia.

2. Tak rasa letih sangat

-Bila da menyusukan anak ni..antara perkara yang kita kena set kat otak ni..baby akan suke ati die je nak minta susu. Tak kira masa. Sebab, susu ibu sangat mudah dihadam. Jadi bila baby asek minta susu setengah jam sekali..itu adalah normal. Bukan luar biasa ok. Jadi memang letihlah. Tapi, sejak aku minum ESP ni, alhamdulillah aku rasa cergas sikit. Letih2 xde sangat. ESP ni bagi tenaga,yelah ia merupakan sumber protein terbaikkan..mestilah ia bagi layanan first class juga. Ia bina otot2 tulang dalam badan aku ni. hihi..boleh baca kat kepentingan protein k.

3. Kulit cerah

-Da nak dekat seminggu dua aku consume ESP ni..aku rasa sesuatu perubahan tao. Ingat lagi time tu aku hampir tak percaya bila tengok cermin kat toilet. Aku belek punye belek..wow..kulit wajahku ada perubahanlah..makin cerah. Bekas2 jerawat macam nak hilang. Dalam ati memang gembira bukan kepalanglah. Yela..pas bersalin aritu,agak kusam sikit muka aku. Huhu..alhamdulillah..aku sangat serasi ngan ESP ni

4. Kenyang perut

-Selalu b4 g keje,aku kena brekpes. Kalau x brekpes mmg lemaulah aktiviti pagi tu. Sejak2 da ade ESP, aku mmg amek b4 g keje. Alhamdulliah tahan perut aku ni sampai kol 11-12 tgh camtu baru berbunyi minta diisi. Jimat uit gak hihi..sape2 yang nak diet, sangat rekemen amek ESP ni..kenyang perut suke ati =)

5. Hilang gastrik

-Aku ni ade gastrik. Salah makan or lambat makan mmg menangislah huhu.Sakit woo gastrik ni..azab kecil. Taubat aku..xnak kena lagi kalau boleh. Aku prasan gak, kalau aku x amek ESP, perut aku mesti poblem. So aku amek ngan konsisten,alhamdulillah..gastrik x datang da. Aku suke sangat2. Happy beb..

6. Masker muka

-ESP + yogurt plain = sangat marvellous ye bile letak di muka begitu juga ngan ESP + Vitamin E ohoho aku da pecah rahsia kat dlm ni..kalau nak g majlis kawen ke, or mana2 event..bancuhan masker ni wajib buat ye.. maklumlah nak gorgeous gak. Nak berseri2 gak..hihi..

7. Sedap

-Ada orang cakap x ley telan sebab ape? sebab pekat..yes..esp ni memang pekat..cara bancuhannya? itu rahsia..nak tahu kenala beli esp ngan aku ye..banyak rahsia ESP boley aku sebarkan..hihi banyak sangat variasi bancuhan ESP ni. Pandai bancuh..sedaplah jadinya..khasiat pon dapat diserap..nyum..nyum..


itu sahaja perkongsian yang semapt dikongsi bersama..ada sebarang pertanyaan bolehlah pm/wassap/sms kat 017-3885825

e-mail pon boleh : shaktupp@gmail.com / hidayah_203@yahoo.com
blog : shaktupp.blogspot.com
fb : nurhidayah mohd tahir
page: kedai bonda taufiq
id shaklee :916021

sambil berESP layan...

Cinta pertama

Salam semua..
Entri kali ni aku nak bercerita tentang cinta pertama..walalala..hei..hei..semua orang pasti akan terjebak dengan cinta pertamakan?yes of courselah cinta yang paling agung tu cinta untuk Allah..tapi sebagai manusia biasa..kita pasti tak akan lari dengan cinta pertama ni..kan..kan..kan..

Macam aku..cinta pertama aku dengan 'E"..biarlah aku namakan dia dengan E. Kali pertama aku bersua wajah dengan ia, aku terpegun. Tak sangka aku ia sangat mempesonakan. Sejak jumpa dengan 'E'..aku rasa..rasa sayang sangat nak lepaskan ia. Asyik membilang masa je untuk bertemu dengan ia. Wow.. penangan cinta pertama katanya..seriously..aku betul2 angau dengan si 'E" ni..oh..

Setiap hari aku akan jumpa dia 3x..waktu pagi, petang dan malam. Lama kelamaan kami sangat serasi. Aku dapat merasai perubahan pada diri aku. Sangat mengujakan sebab sebelum ni aku belum bertemu dengan yang betul2 sesuai dengan jiwa dan kehendak naluriku..Tapi..sejak bertemu dengan 'E', kehidupan aku berubah.

Penatku beransur hilang..
Lelahku semakin pergi..
Warna hidupku kembali mencerah..

Namun..hanya seketika kerana kami berpisah..disebabkan ketiadaan RM ketika itu..aku tidak mampu menghubunginya..Setelah lama tidak ketemu, hati aku mula berpaling arah. Aku mula melupakan 'E' walaupun aku tahu 'E' sangat merindui aku. Maafkan aku. Aku mula mencari yang lain. Biarpun harga cinta mereka mahal, aku gagahkan jua. Ingin memulakan sesuatu yang baru tanpa 'E'. Pada mulanya, semua berjalan lancar. Tapi...biarpun aku mewah dengan mereka, aku dilayan begitu baik tapi tak sama dengan layanan yang diberikan 'E'.

Akhirnya, setelah berfikir dan mengimbas kembali kenangan2 dan memori2 indah dengan 'E'..aku tewas juga. Sayonara 'A' dan bye-bye 'M'. Aku tahu 'E' adalah pilihan tepatku. Maafkanlah aku..


Kini aku akan menjaga dan terus menjagamu 'E'. Kami menjadi semakin serasi dan jiwa kami menjadi satu. Terima kasih 'E' kerana sanggup menerimaku kembali. Aku tak akan berpaling tadah lagi. Hanya kau menjadi pilihanku kini dan selamanya..

I love MR ESP 

love u esp


Sape ESP tu? sape yang da tahu tu pasti senyum2kan..sape yang tak tahu boleh ikut kat entri akan datang =)
Ade yang nak berkenalan dengan MR ESP? boleh..nanti saya kenalkan..pasti korang pun teruja