Sabtu, 30 November 2013

Set Penyusuan Shaklee

Salam dan selamat pagi kawan2..selamat berhujung minggu bersama family tersayang ya..ok..macam biasala..aku akan update info2 terkini dan sensasi kat blog yang baru je lahir ni.Hihi..sudi2kanlah membaca k..Hari ni da masuk 1 December..wow..sangat pantas masa berlalu pergi.Untuk orang Johor yang bersektor kerajaan kerjaannya..ade lagi 4x jumaat untuk dinikmati sebagai ari bekerja sebab next year da tukar..jumaat cuti..hope ade perkembangan yang bagus.Dah takde lagilah morning blues lagi hehe..

Aku tetap akan meneruskan perjuangan berkongsi ilmu tentang penyusuan dan biznes online dan offline Shaklee dan Tupperware. Thats why terjadinya Shaktupp..hehe iskk..kene keje keras sebab matlamat aku nak menjadi surirumah yang berpendapatan tinggi. Nak bantu encik suami dan orang2 tersayang di sekeliling. Tapi matlamatnya adalah untuk menjadi ibu dan isteri yang lebih sempurna buat suami dan anak. Yela..kalau dok umah..at least banyak masa boleh fokus untuk merekakan..income pun masyuk..yang penting niat kene kuatlah dan kerja keras..sambil2 pon aku ley dapat bonus tiap2 bulan,kalau da fulltime sok..in sha Allah..ok..nanti kite bercerita tentang income masyuk tu k. Sekarang nak cerita tentang set2 penyusuan yang ada di sediakan oleh Shaklee.

Okeyy..kat sini aku senaraikan beberapa set penyusuan yang aku da grupkan..so senangla korang nak oder k..nak set yang mane..hehe x payah pening2 kepala..kalau pening gak kepala..xpe2..aku ley bagi explaination..free saje..xde sebarang bayaran k..

1. Set A

set a


Ni kire set budgetlah. Bagi yang nak guna set penyusuan tapi budget kurang daripada RM 170, bolehlah direkemenkan guna yang ni. Aku namakan sebagai set A. Jom tengok khasiatnya..ni secara rawaknyalah..

Alfalfa


  • Milk booster (kebarangkalian untuk meningkatkan hasil pengeluaran susu badan adalah tinggi)
  • Memudahkan pelawasan buang air besar
  • Mengetatkan kembali miss v
  • Buang kekotoran2 dalam badan (buang toksin dan angin badan)
  • Panaskan badan (umpama jamu tapi yang ni x effect kepada bayi dan xla panas macam jamu)..
ESP
  • Memekatkan susu badan
  • Menghilangkan keletihan dan kelesuan badan
  • Mencerahkan stretch mark kat perut
  • Mengenyangkan perut

2. Set B

Set B
Set B penyusuan shaklee masih sama dengan set A cuma ditambah ostematrix. Apa fungsi ostematrix shaklee ni? haa..nila die kalsium yang sangat penting untuk ibu2 khasnya yang menyusukan anak. Ostematrix ni bukan saje ade unsur kalsiumn tapi ada juga magnesium. Memang ramai yang cari aku untuk beli ostematrix ni. Memang awsomela..Jom tengok khasiat Ostematrix ni..

Ostematrix

  • Menambahkan kalsium dalam tubuh
  • Mengelakkan sakit2 sendi tulang
  • Beri tenaga
  • Memudahkan pembuangan air besar
  • Menguatkan tulang2 badan
  • Bangun pagi memang sangat best sebab rasa badan sangat ringan even tak cukup tidur

3. Set C

Set C
Untuk set c ni..ada tambahan B-complex. Untuk ape?eh..penting tao..

B-Complex

  • Anti stress. Yela,orang baru pas bersalin memang akan alami situasi stress especially yang buat keputusan nak menyusukan anak tu. Kalau baby setiap setengah jam bangun nak susu, tak ke penat? stress jugakla..so b-complex ni sangat faham ye. Ia akan bagi coolkan korang punyer mood. Control emosi nak meroyan tu hehe aku da cuba..betul..alhamdulillah..
  • Bagi kuatkan daya ingatan. Yela,da melahirkan anak,urat akan putuskan..kalau tak dijaga, boleh nyanyuk sikit.hihi mule2 pelupa..pastu?hah..jangan amek remeh je k
  • Kuatkan rahim
  • Hilang bau badan dan bau mulut
4. Set D

Set D
Set D ni kita tambah vitamin c. Wow..sangat teruja ngan vitamin c shaklee. Selalu je bagi customer aku upset sebab selalu je licin kat branch. Dorang ni kalau beli, tak beli satu..terus borong sekali 5-10 botol. Huhu aku juga yang ternganga sebab nyesal tak beli sekali banyak. Sorry my dear customer. Tapi sekarang in sha Allah ade..hihi jom tengok khasiat vitamin c ni

Vitamin C

  • Bagi cantik itu kulit
  • Kuatkan antibodi badan
  • Elakkan gusi berdarah

5. Set E

Set E
Ok yang set E ni kirenye set completela..sume ade. Kalau ade wang besar..boleh amek set E ni. Bukan saje dapat tingkatkan penghasilan susu badan tapi dapat banyak manfaat. Bukan korang je dapat k..baby yang menyusukan tu pun ley dapat sama manfaat. Untuk set E ni, kita tambah Vitalea. Apa fungsi vitalea ni ek?

Vitalea

  • Tambahkan darah (elakkan korang dari pengsan sebab tak cukup darah..)
  • Beri tenaga 
  • Multivitamin asas

So..pada yang sedang berkira2 nak beli yang mana satu..boleh baca dulu. Kalau tak paham,boleh tanya k. Aku sedia bantu. Ni memang aku tulis secara am je. Nanti pasni aku akan detailkan setiap satu supplement. Ni khusus untuk ibu2 yang menyusukan baby mereka. Orang cakap kalau tulis dengan hati, senang sikit nak faham hihi.  Tapi aku nak ingatkan korang gak..supplement ni bukanlah faktor utama..ni hanya antara faktor2 yang membantu koranglah dalam menjayakan misi penyusuan susu badan ni. Faktor2 utama untuk kejayaan susu badan ni ialah ilmu. Kalau ilmu korang cetek, aku nasihatkan baiklah korang tambah sikit2 k. Kena banyak faham beberapa term dalam dunia penyusuan ni supaya korang tak kalut2 nanti. 

Jadi atas sebab tula, aku pun akan cuba bantu korang k. Mana yang aku tahu, aku akan share kat blog ni. So,boleh sama2 blelajar. Aku pun masih bertatih lagi. Harap dapatlah membantu. Hihi..ok..sebarang pertanyaan bolehlah hubungi aku

Shaklee Independent Distributor : Nurhidayah Mohd Tahir
No ID                                       : 916021
Facebook                                 :Nurhidayah Mohd Tahir
e-mail                                       : shaktupp@gmail.com
Page                                        : Kedai Bonda Taufiq
Phone/ Wassap/Sms                : 017-3885825

Jumpe lagi kat lain entry..daa..sayang semua

Jumaat, 29 November 2013

Tips buat ibu2 yang ingin menyusukan anak

Salam korang semua..ngah watpe tu?rasa macam da lama aku tak sharing2 kat blog nikan..rindunya..hihi petang ni aku nak bercerita tentang penyusuan susu badan. Good rasanya if knowledge ni di sharing2.. emm..diam tak diam..anak aku Muhammad Taufiq Mustaqim Bin Muhammad Rozaiman sudah menginjak ke usia satu tahun 3 bulan..bulan depan masuklah satu tahun 4 bulan. Alhamdulillah..Allah masih beri aku green light lagi untuk menyusukan anakku dengan air susu badan ni. Masih belum campur susu formula. Walaupun kekadng tu ada terpikir gak nak campur..huhu sebab aku penat. Tapi mujurlah encik suami bertegas.

"Awak tu cubalah berdisiplin sikit pam susu. Ni x..awal2 pagi nak g keje baru nak ngepam.."

Hahhaa..yes..salah aku sendiri. Bile fikir2..rasa rugi pun ade kalau aku da campur susu buat si kecil ni. Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut tentang penyusuan selama 2 tahun. In Sha Allah..selagi aku mampu.akan aku teruskan.

Hari tu..aku dikejutkan soalan daripada kawan sekolah. Dia nak aku jadi ibu susu anaknya. Alhamdulillah.. masih ada lagi orang yang begitu. Anaknya sebaya je kot dengan anak aku. Dia disahkan hamil so doktor tak galakkkan die brestfeed anaknya. Aku tak sangka dia memilih untuk mencari ibu susuan dan aku adalah pilihannya. Tak sangka Allah dengar hasrat hati ni. Memang aku bercita2 nak jadi ibu susuan. So,sekarang aku sudah ada 2 orang anak susuan dan kedua2nya adalah perempuan. Alhamdulillah.

Tips atau panduan yang aku amalkan untuk banyakkan air susu?

Xdelah tips sangat..jaz usaha ke arah itu. So aku masih lagi mengamalkan set penyusuan shaklee. Kerap pam dan bagi si kecil ni direct feeding dan selalu sangat berdoa semoga dipermudahkan segalanya. Ok..kat sini aku nak sharing sedikit info daripada majalah PaMa tentang ilmu2 penyusuan ni. Haa..jom2..

1. Adakala korang akan alami masalah ketika menyusu seperti susu ibu tidak cukup. Jangan panik k. Teruskan je bagi susu kat baby tu. Jangan campur susu formula lak.

2. Amalkan pemakanan yang sihat dgn diet yang seimbang. Korang makanlah sayur2, minum susu setiap hari sebelum tido juga banyak2 minum air. Ingat..air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu.. Amalkan minum air sambil menyusukan anak atau selepas menyusu, sekurang2nya segelas air, jus atau susu ok.

3. Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi  secara terus dengan susu ibu ketika berpantang.

4. Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Untuk mengelak bengkak, perah susu ibu setiap 3 hingga 4 jam.

5. Untuk mengelak bengkak, tuam dengan air panas untuk mengurangkan bengkak pada payu dara.

6. Secara tradisional, boleh menggunakan kelopak kobis yang ditekupkan pada payu dara untuk menyejukkannya.

7. Bagi mengelakkan puting payu dara luka, pastikan bayi melakukan hisapan dengan cara yang betul iaitu pada seluruh aerola payu dara. Payu dara luka disebabkan pelekapan mulut bayi yang salah. Bayi hanya menghisap di bahagian puting payu dara yang mana akan menyebabkan sakit dan luka dan kadang2 ada yang berdarah. Huhu..

8. Pastikan bayi korang menghisap payu dara selama 15-20 minit atau setengah jam untuk sebelah bahagian payudara bagi memastikan baby korang kenyang.

9. Bayi akan terlena dan melepaskan payu dara daripada mulutnya jika ia sudah kenyang.

10. Sebaik sahaja berpantang, korang digalakkan mula membuat simpananan susu perahan (stok susu) sebagai persediaan sebelum naik kerja nanti.

11.  Lakukan perahan simpanan susu ibu sebulan sebelum naik kerja.

12. Kebaikan mengambil pemakanan seimbang semasa bekerja untuk mengelak bayi mengalami perut kembung atau cirit birit.

13. Semasa bekerja, lakukan perahan 3 jam sekali secara konsisten untuk mengekalkan penghasilan susu.

14. Latih bayi memberi susu perahan dengan menggunakan sudu atau cawan kecil.

15. Adalah lebih baik orang lain yang memberi susu perahan kepada baby korang. Elakkan berada disamping baby time tu k.

16. Sebab? Biasanya baby akan tolak susu perahan yang korang bagi sebab die da biase ngan korangkan..so die lebih suke direct..percayalah..

17. Pengasuh baby perlu tahu menyimpan dan memberi susu perahan dengan betul kepada baby. Bagi memudahkannya,korang buatlah nota peringatan kat dorang. Tulis cara2 camne nak simpan susu, camne nak keluarkan susu, camne nak panaskan susu..

18. Beritahu kepada pengasuh supaya jangan bagi air suam atau susu formula kat baby korang k. Atau bagi makanan lain..hanya bagi susu ibu saje..

So..amacam??? ada masukkah input ni dalam otak korang? harap2 dapatlah membantu yer. Bukan apa..kadang2 kita lupa..jadi ibu memang senang tapi kalau ada ilmu..pasti lagi senang in sha Allah. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh je hubungi aku k. Jaz sharing2..

Ingat,..breasfeeding tu sunnah


Khamis, 28 November 2013

Kosong..

Rasa kosong..sejak kejadian tempoh hari..hati aku rasa kosong. Tak tahu mana silapnya,tetibe jer hidup aku jadi begini. Aku lebih suka untuk menyalahkan diri sendiri kerana aku memang terlalu banyak kelemahan.  Aku asyik berfikir..apa yang harus aku buat. Meneruskan..aku yang tertekan. Menamatkan..mereka yang akan tertekan. Ya Allah..ketika inilah aku rasa benar2 ingin bersujud dan bersendirian denganMu. Dugaan apakah ini??mudah naik turun iman di hati. Rasa kosong di sini..

Kalau ikutkan hati..ingin saja aku lari dari sini. Rasa seperti boneka. Aku tersepit di tengah2. Bagai murah sangat harga diri ini. Adakah kerana kelembutan yang ada dalam diriku menjadikan mereka semua hanya memandang sebelah mata sahaja?

Khamis, 21 November 2013

Siapa MR ESP tu?

Ehem..ehem..sibuk betul masing2 meneka siapakah gerangan MR ESP tukan..nama ia Energizing Soy Protein..berasal daripada Shaklee Product hihi. Tapi seriously..memang aku da jatuh hati dengan ESP ni. Harga asal memang mahal tp sebab aku member..so dapat harga lagi..legi..lagi rendah. Untungnya jadi member Shaklee ni. Bukan setakat dapat potongan harga ahli..tapi ade point lagi. Apa tunggu lagi..jomlah join shaklee arini juga.

Opps..terpropomot pulak hahaha..padahal nak cite tentang ESP. Come..come..listen k..

Suka nak bagi testimoni sendiri..bila kita da rase..da feel..da berkali2 guna..ape lagi..sharingla..takkan nak pakai sorangkan..actually,aku kenal ngan ESP ni time pas abes pantang..nak naek keje time tu. Kebeulan anak aku tu asek nanges jer macam tak cukup susukan..huhu..meroyan jap. Apa ESP ni buat?

1. Pekatkan air susu + banyakkan air susu badan

-aku try cari kat google tentang shaklee ni. Adelah terbaca..bukan satu..tapi banyak gak testimoni yang mengatakan ESP ni dapat memekatkan air susu dan memperbanyakkan air susu badan. So bila aku consume, alhamdulillah..aku dapat lihat air susu yang aku perah nak buat stok agak pekat. Then tengok anak aku pon ade perubahan. Dia minum susu then tido lena. Lama gakla baru bangun. Syukur sangat2.. Pastu cepat burpp (kenyang). Senangla aku tidokan dia.

2. Tak rasa letih sangat

-Bila da menyusukan anak ni..antara perkara yang kita kena set kat otak ni..baby akan suke ati die je nak minta susu. Tak kira masa. Sebab, susu ibu sangat mudah dihadam. Jadi bila baby asek minta susu setengah jam sekali..itu adalah normal. Bukan luar biasa ok. Jadi memang letihlah. Tapi, sejak aku minum ESP ni, alhamdulillah aku rasa cergas sikit. Letih2 xde sangat. ESP ni bagi tenaga,yelah ia merupakan sumber protein terbaikkan..mestilah ia bagi layanan first class juga. Ia bina otot2 tulang dalam badan aku ni. hihi..boleh baca kat kepentingan protein k.

3. Kulit cerah

-Da nak dekat seminggu dua aku consume ESP ni..aku rasa sesuatu perubahan tao. Ingat lagi time tu aku hampir tak percaya bila tengok cermin kat toilet. Aku belek punye belek..wow..kulit wajahku ada perubahanlah..makin cerah. Bekas2 jerawat macam nak hilang. Dalam ati memang gembira bukan kepalanglah. Yela..pas bersalin aritu,agak kusam sikit muka aku. Huhu..alhamdulillah..aku sangat serasi ngan ESP ni

4. Kenyang perut

-Selalu b4 g keje,aku kena brekpes. Kalau x brekpes mmg lemaulah aktiviti pagi tu. Sejak2 da ade ESP, aku mmg amek b4 g keje. Alhamdulliah tahan perut aku ni sampai kol 11-12 tgh camtu baru berbunyi minta diisi. Jimat uit gak hihi..sape2 yang nak diet, sangat rekemen amek ESP ni..kenyang perut suke ati =)

5. Hilang gastrik

-Aku ni ade gastrik. Salah makan or lambat makan mmg menangislah huhu.Sakit woo gastrik ni..azab kecil. Taubat aku..xnak kena lagi kalau boleh. Aku prasan gak, kalau aku x amek ESP, perut aku mesti poblem. So aku amek ngan konsisten,alhamdulillah..gastrik x datang da. Aku suke sangat2. Happy beb..

6. Masker muka

-ESP + yogurt plain = sangat marvellous ye bile letak di muka begitu juga ngan ESP + Vitamin E ohoho aku da pecah rahsia kat dlm ni..kalau nak g majlis kawen ke, or mana2 event..bancuhan masker ni wajib buat ye.. maklumlah nak gorgeous gak. Nak berseri2 gak..hihi..

7. Sedap

-Ada orang cakap x ley telan sebab ape? sebab pekat..yes..esp ni memang pekat..cara bancuhannya? itu rahsia..nak tahu kenala beli esp ngan aku ye..banyak rahsia ESP boley aku sebarkan..hihi banyak sangat variasi bancuhan ESP ni. Pandai bancuh..sedaplah jadinya..khasiat pon dapat diserap..nyum..nyum..


itu sahaja perkongsian yang semapt dikongsi bersama..ada sebarang pertanyaan bolehlah pm/wassap/sms kat 017-3885825

e-mail pon boleh : shaktupp@gmail.com / hidayah_203@yahoo.com
blog : shaktupp.blogspot.com
fb : nurhidayah mohd tahir
page: kedai bonda taufiq
id shaklee :916021

sambil berESP layan...

Cinta pertama

Salam semua..
Entri kali ni aku nak bercerita tentang cinta pertama..walalala..hei..hei..semua orang pasti akan terjebak dengan cinta pertamakan?yes of courselah cinta yang paling agung tu cinta untuk Allah..tapi sebagai manusia biasa..kita pasti tak akan lari dengan cinta pertama ni..kan..kan..kan..

Macam aku..cinta pertama aku dengan 'E"..biarlah aku namakan dia dengan E. Kali pertama aku bersua wajah dengan ia, aku terpegun. Tak sangka aku ia sangat mempesonakan. Sejak jumpa dengan 'E'..aku rasa..rasa sayang sangat nak lepaskan ia. Asyik membilang masa je untuk bertemu dengan ia. Wow.. penangan cinta pertama katanya..seriously..aku betul2 angau dengan si 'E" ni..oh..

Setiap hari aku akan jumpa dia 3x..waktu pagi, petang dan malam. Lama kelamaan kami sangat serasi. Aku dapat merasai perubahan pada diri aku. Sangat mengujakan sebab sebelum ni aku belum bertemu dengan yang betul2 sesuai dengan jiwa dan kehendak naluriku..Tapi..sejak bertemu dengan 'E', kehidupan aku berubah.

Penatku beransur hilang..
Lelahku semakin pergi..
Warna hidupku kembali mencerah..

Namun..hanya seketika kerana kami berpisah..disebabkan ketiadaan RM ketika itu..aku tidak mampu menghubunginya..Setelah lama tidak ketemu, hati aku mula berpaling arah. Aku mula melupakan 'E' walaupun aku tahu 'E' sangat merindui aku. Maafkan aku. Aku mula mencari yang lain. Biarpun harga cinta mereka mahal, aku gagahkan jua. Ingin memulakan sesuatu yang baru tanpa 'E'. Pada mulanya, semua berjalan lancar. Tapi...biarpun aku mewah dengan mereka, aku dilayan begitu baik tapi tak sama dengan layanan yang diberikan 'E'.

Akhirnya, setelah berfikir dan mengimbas kembali kenangan2 dan memori2 indah dengan 'E'..aku tewas juga. Sayonara 'A' dan bye-bye 'M'. Aku tahu 'E' adalah pilihan tepatku. Maafkanlah aku..


Kini aku akan menjaga dan terus menjagamu 'E'. Kami menjadi semakin serasi dan jiwa kami menjadi satu. Terima kasih 'E' kerana sanggup menerimaku kembali. Aku tak akan berpaling tadah lagi. Hanya kau menjadi pilihanku kini dan selamanya..

I love MR ESP 

love u esp


Sape ESP tu? sape yang da tahu tu pasti senyum2kan..sape yang tak tahu boleh ikut kat entri akan datang =)
Ade yang nak berkenalan dengan MR ESP? boleh..nanti saya kenalkan..pasti korang pun teruja

Rabu, 20 November 2013

Kepentingan Protein dalam badan kita

Makan..makan..dan makan lagi..tapi tahukah kita akan komposisi nutrien yang ada dalam makanan kita tu? kalau tahu tu..syabasla..tp ramai antara kita yang kurang ambil tahu tentang itu..haa itu sangat tidak bagus ya untuk menjana kehidupan yang berkualiti..

Bila sebut protein..pasti korang pernah dengar tapi kurang peduli akan komposisi protein tukan? tapi sebut proton jer..ramai yg amek berat..hahaha tahukah korang akan kepentingan protein?

Segalanya tentang ESP

Hola semua..
Arini aku excited sangat nak bercerita tentang ESP atau nama panjang beliau adalah Energizing Soy Protein.
Orang cakap sharing is caringkan??so aku nak sharing sangat tentang ESP ni..xkanlah nak pakai sorang jekan?hihi

Ok jom..
TAHUKAH ANDA ?


Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.



Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Isnin, 18 November 2013

7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
soya sumber protein

ESP ialah sumber protein..


ESP ialah protein..kenapa protein penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.






haa..bestkan ESP ni? mmg best..so,siape yg amek ESP ni add on ngan supplement laen,in sha Allah dapat hasil yg sangat memuaskan =)

Ahad, 17 November 2013

Rahsia ESP

Psst..psst..haa..nak tahu x pasal kisah ESP?ok..jom kita sambung..

Aritu aku cerita ESP ni dapat memekatkan air susu dan buat baby tido lenakan? haa..sebab baby kenyang dapat susu pekat yang berkhasiat. hehe..susu ibu mmg terbaik..so ibu2 kenalah makan or minum makanan yang berkhasiat ok..

Ape lagi yang aku dapat dengan ESP ni ek?

Da lama2 tu aku prasan..kulit aku makin cerah dan jerawat serta parut kat muka macam nak ilang tao. Aku tengok kat cermin lama2..dok belek2..yela..excitedkan..sbb aku cuci muka pakai pencuci muka yang same jer time tu..pikir lagi..oh..ESP..haahla..pastu kak B ade share cara nak buat mask ngan ESP..aku apply..oh Alhamdulillah..nak tahu rahsia?eh boleh..tapi u kenalah beli ESP ngan i hihi..

ESP pon buat perut aku kenyang. Ni cite time aku da naek keje pulak ye pas cuti 3 bulan kat umah. Selalu pagi2 aku kalau x brekpes..mmg lapar yer..tp ble amek ESP ni aku rase kenyang..tp time tu aku amek sekali 3 gems..ade tambahan mealshakes dan performance drink (semua shaklee ok..) Mmg superb kenyang..tp sebab aku perah susu kat opis wat stok..so pas perah tu..lapar semula hihi..ape lagi makanlah tengah hari pulak..okla tu..kire aku jimat gakla masa dan wang utk brekpeskan..hihi

Lagi satu aku prasan..ESP ni bagus utk orang yang gastrik..macam aku lerr..sejak2 consume ESP ni..gastrik aku alhamdulillah..syukur sangat2..sbb aku tak suke kalau gastrik dtg menyerang..oooh..sakit jgn cakapla.. sakit giler..

Jom aku tunjuk ape lagi rahsia ESP secara ringkas

anything..call me k

Kalau ada sebarang pertanyaan boleh wassap/ call/msg aku kat talian 017-3885825 k..banyak boleh sharing tentang ESP. I love it..


Energizing Soy Protein

ESP? ape tu?

hehe..ESP tu nama penuhnya Energizing Soy Protein..from shaklee..jap ek..nak kasi tengok dulu gambar ESP ni camne..

nila die ESP yang aku dok sebut tu


Nape entry kali ni aku cite pasal ESP ek?oh sebab aku nak semua orang tahu akan kebaikan dan keistimewaan ESP ni. Aku suke sangat ESP ni. Why? sebab die best..hihi. Actually aku minum ESP ni bersebab..omg macam ade kritikal kes jer kan..hahaha haah memang kritikal jugala..jom aku flashback semula bagaimana esp dan aku menjadi satu dan terus menjadi gabungan yg mantap.

Time tu aku masih dalam cuti rehat 3 bulan sebab baru melahirkan seorang putera yang dinamakan Muhammad Taufiq Mustaqim Bin Muhammad Rozaiman. (panjang nama hihi..jangan marah sayang..ibu suka makna nama tu..)..ok..pendekkan ceritalah..aku masih breastfeed anak aku. Kuat woo menyusu..jangan x tahu..anak lelaki katakan (orang cakapla..aku x tahula sahih ke x sebab aku baru ade sorang anak hihi)..anak aku ni kuat nanges..aku takutla kot2 susu x cukupkan..aku pon watla kajian kat google. Search2..terjumpalah tentang ESP shaklee ni dan set penyusuan. Katanya ESP ni dapat memekatkan air susu badan dan baby akan cepat kenyang dan lena tido. Aku pon pk banyak kali. Nak beli ke tak..nak beli ke tak..

Sekali fikir..aku takut gak kot2la air susu badan tetibe drop bile naek keje nantikan..Dengan kuat hati,aku pon nekad amek set penyusuan shaklee ngan kak B (kakak kpd nisa dan sekarang merangkap my mentor in shaklee hihi). Ok, aku pon minum macam yang diajar oleh kak B. Alhamdulillah.air susu badan aku pekat dan baby minum dan tido dgn kuantiti masa yang lama. Aku pon tersenyum gembira.

beli ESP dapat shaker hihi

Bukan tu saje..aku dapati ade beberapa perubahan yang sangat mengujakan telah berlaku dalam diri aku. Apa dia? nak tahu? hihi..tunggu kat entry seterusnya ya..

Villa Nabila

Salam semua..
Hari ni kecoh pasal villa nabila..aku buka2 fesbuk ja..orang dok post pasal villa nabila ni. Kononnya ada 30 orang remaja masuk dalam umah tu. Tapi yang selamat keluar 7 orang..lagi 23 orang masih tersesat kat dalam villa tu.. wallahhualam..

Bila da jadi camni,aku pon ape lagi siasatlah salasilah cerita tentang villa nabila ni. Macam2 versi ada. Nanti aku copy paste. Jap ek..

Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup denganbahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun. .

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar..



copy paste from page misteri villa nabila (hihi siap ade page lagi kat fesbuk)

ni dari pintu masuk kat tepi jalan tu





ni dari dalam villa nabila 



x pastila mana versi yg betul..tp yang pasti sekarang ni ramai yg dok kerumun kat villa nabila tu. Tunggu lagi 23 orang yang dikatakan x jumpa jalan keluar sampai sekarang. Yang pasti jalan dari kat situ mmgla jam huhu. Kita doakan yang terbaik sahajalah. Moga semuanya selamat.  Da tempat tu memang kawasan tinggal..bukan sehari dua..bertahun2..emm mmgla akan ada kehidupan lain kat situkan..saje cari nahas betul