Khamis, 21 November 2013

Cinta pertama

Salam semua..
Entri kali ni aku nak bercerita tentang cinta pertama..walalala..hei..hei..semua orang pasti akan terjebak dengan cinta pertamakan?yes of courselah cinta yang paling agung tu cinta untuk Allah..tapi sebagai manusia biasa..kita pasti tak akan lari dengan cinta pertama ni..kan..kan..kan..

Macam aku..cinta pertama aku dengan 'E"..biarlah aku namakan dia dengan E. Kali pertama aku bersua wajah dengan ia, aku terpegun. Tak sangka aku ia sangat mempesonakan. Sejak jumpa dengan 'E'..aku rasa..rasa sayang sangat nak lepaskan ia. Asyik membilang masa je untuk bertemu dengan ia. Wow.. penangan cinta pertama katanya..seriously..aku betul2 angau dengan si 'E" ni..oh..

Setiap hari aku akan jumpa dia 3x..waktu pagi, petang dan malam. Lama kelamaan kami sangat serasi. Aku dapat merasai perubahan pada diri aku. Sangat mengujakan sebab sebelum ni aku belum bertemu dengan yang betul2 sesuai dengan jiwa dan kehendak naluriku..Tapi..sejak bertemu dengan 'E', kehidupan aku berubah.

Penatku beransur hilang..
Lelahku semakin pergi..
Warna hidupku kembali mencerah..

Namun..hanya seketika kerana kami berpisah..disebabkan ketiadaan RM ketika itu..aku tidak mampu menghubunginya..Setelah lama tidak ketemu, hati aku mula berpaling arah. Aku mula melupakan 'E' walaupun aku tahu 'E' sangat merindui aku. Maafkan aku. Aku mula mencari yang lain. Biarpun harga cinta mereka mahal, aku gagahkan jua. Ingin memulakan sesuatu yang baru tanpa 'E'. Pada mulanya, semua berjalan lancar. Tapi...biarpun aku mewah dengan mereka, aku dilayan begitu baik tapi tak sama dengan layanan yang diberikan 'E'.

Akhirnya, setelah berfikir dan mengimbas kembali kenangan2 dan memori2 indah dengan 'E'..aku tewas juga. Sayonara 'A' dan bye-bye 'M'. Aku tahu 'E' adalah pilihan tepatku. Maafkanlah aku..


Kini aku akan menjaga dan terus menjagamu 'E'. Kami menjadi semakin serasi dan jiwa kami menjadi satu. Terima kasih 'E' kerana sanggup menerimaku kembali. Aku tak akan berpaling tadah lagi. Hanya kau menjadi pilihanku kini dan selamanya..

I love MR ESP 

love u esp


Sape ESP tu? sape yang da tahu tu pasti senyum2kan..sape yang tak tahu boleh ikut kat entri akan datang =)
Ade yang nak berkenalan dengan MR ESP? boleh..nanti saya kenalkan..pasti korang pun teruja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan