Rabu, 4 Disember 2013

Alergik

Sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan seperti debunga, habuk dan juga makanan. Kepekaan ini menyebabkan tindak balas imun, seterusnya mengakibatkan gejala-gejala dari yang ringan (hidung dan mata berair, bersin, gatal2) hingga teruk (sesak nafas, ruam, kejutan anafilaktik iaitu tindak balas alergik yang melampau dan umum ). Gejala selalunya berlaku dengan setiap pendedahan terhadap allergen.

Apa itu Allergen?

Allergen adalah sesuatu yang menyebabkan tindakan alahan berupa protein halus dalam bahan2 tertentu.  Contohnya allergen yang disebarkan oleh udara adalah debunga dan kulapok manakala yang lain2nya terdapat di dalam makanan seperti kerang, kekacang dan susu.



Apa yang menyebabkan tindak balas allergik?

Sistem imun mengandungi 2 jenis sel darah putih iaitu sel T dan sel B. Sel2 ini membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan mengenalpasti bahan-bahan asing dan berpotensi membahayakan dan kemudiannya melepaskan bahan kimia seperti histamin untuk memeranginya.

Tindak balas allergik berlaku apabila sistem imun tersilap mengenalpasti bahan2 berbahaya seperti debunga mengakibatkannya menjadi sensitif terhadap bahan itu. Pendedahan yang berulang2 boleh mencetuskan tindak balas allergik.

Siapa yang alah?

Alahan mungkin diwarisi memandangkan rata-rata yang mengalaminya mempunyai sejarah keluarga yang sama. Bagaimanapun, semua orang tidak terkecuali daripada mengalaminya pada mana-mana peringkat umur. Faktor2 persekitaran boleh menjadikan sistem imun seseorang terlebih sensitif.

Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia ada genetik itu.



Apa itu kejutan anafilaksis / anafilaktik?



Ia merupakan satu tindak balas yang membahayakan nyawa yang boleh bermula dalam masa beberapa saat ke minit selepas pendedahan.

Antara tanda2 yang dikenalpasti sebagai anafilaksi / anafilaktik termasuklah tompokan merah yang timbul di hampir keseluruhan badan, kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan tekanan darah yang menjunam.

Pernafasan boleh terhenti manakala tubuh mengalami serangan anafilaktik. Tanpa rawatan segera, akan menyebabkan kegagalan jantung malah kematian bakal menyusul tidak lama.;

Allergen daripada racun mahupun suntikan ubat2an cenderung menyebabkan anafilaksis berbanding lain2 allergen. Bagaimanapun kejutan seumpama ini bukanlah suatu keadaan yang biasa berlaku. Ia boleh dikawal dengan ubat2an tertentu serta bantuan doktor.

Jenis2 allergen dan alahan

1. Allergen rumah

* Hama debu adalah organisme mikroskopik yang mendiami sisik kulit manusia yang lazimnya kita buang/ gugurkan saban hari. Ia biasanya dijumpai di atas bantal, tilam, perabot dan almari pakaian. Hama debu ini menjadi punca utama kepada kebanyakan kes alahan berulang.



2. Alahan pernafasan

* Merupakan alahan paling kerap berlaku disebabkan oleh sel-sel imun yang banyak terdapat di dalam saluran pernafasan serta terdedah kepada allergen-allergen yang disedut setiap hari.

* Allergen yang paling biasa disedut berasal daripada debunga, kulapok, hama debu dan daripada haiwan peliharaan.



* Demam alahan yang juga dikenali sebagai hay fever dan asma merupakan sebahagian alahan pernafasan.

3. Alahan makanan

* Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembab selain perut meragam, muntah, kejang, ruam,ekzema dan lelah. Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya telur, kekacang, gandum, ikan dan kerang.

* Ia lebih kerap terjadi dikalangan kanak-kanak tetapi boleh juga dialami oleh orang dewasa.

4. Alahan serangga

* Satu daripada 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh lebah dan tebuan mengandungi allergen. Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal2 kulit biasanya selama beberapa jam.

* Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar, mengalami bengkak dan gatal beberapa hari ke minggu. Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

5. Alahan ubat

* Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa. Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik dalam masa beberapa minit.

* Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah seperti antibiotik, sulfa, antiepileptik dan insulin..



6. Alahan kulit

* Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis allergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mati dan sel T yang terdapat dalam tisu-tisu kulit.

* Tanda2 : Bengkak, ruam, gatal2 dan kulit kemerah-merahan

* Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.



Merawat dan menguruskan alahan

Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti jenis tindak balas alahan yang anda alami sama ada mata berair, bersin atau kesukaran bernafas.

Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala2 tersebut. Tanya diri :

-Di mana tindak balas berlaku? dalam ke luar rumah?
-Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama? makan atau minum?
-Ingat persekitaran anda. Adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?
-Cuba jejak kembali tindakan anda dalam kepala. Adakah anda memakai sesuatu yang baru?
-Adakah anda menggunakan sabun atau bahan pencuci baru?

Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai allergen biasa bagi mengesahkan alahan anda. Seebaik dikenalpasti, uruskan alahan anda dengan beberapa tips mudah berikut:


  • Hindari allergen yang diketahui
  • Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/ miang
  • Selalu berjumpa doktor
  • Jaga kesihatan anda





Mesti peritkan time allergik ni datang menjelma huhu..ada orang akan bersin2..ada orang mata bengkak, ada orang gatal2, ada orang sampai sesak nafas huhu..tapi jangan risau..korang boleh cuba ambil set allergik ni daripada shaklee. Terdiri daripada :


  1. Nutriferon : Mempertingkatkan sistem imun badan
  2. Vitamin C : Meminimakan kesan histamine (bahan keradangan dihasilkan oleh sel sebagai respon kepada allergen)
  3. Garlis        : Antibiotik semulajadi
  4. Alfalfa Complex : Detoksifikasi, anti keradangan

Boleh hubungi aku kalau berminat k. Jangan biarkan alahan korang tu melarat2..huhu boleh membahayakan nyawa sey. 

Shaklee Independent Distributor : Nurhidayah Mohd Tahir
No ID : 916021
Facebook : Nurhidayah Mohd Tahir
E-mail : shaktupp@gmail.com
Page : Kedai Bonda Taufiq
Blog : shaktupp@blogspot.com
Phone: 017-3885825

Sayang semuanya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan